Wednesday, October 28, 2009

Cara berCloth Diaper??


Ramai yang fikir SUSAH bercloth diaper ni.. Tapi, ia tak lah sesusah yang disangkakan. You are what you think, sepatah kata mat salleh.. YANG UTAMA: Tentukan matlamat anda. Kenapa anda beli cloth diaper? Nak jimat? Nak kurangkan kesan terhadap alam sekitar? Anak anda alah dengan disposable diaper? Kalau ada salah satu dari matlamat ini, pasti anda akan lebih positif..


Saya tolong anda, boleh? Di sini saya ringkaskan cara penggunaan CD ni..


Cara menggunakan CD!

Sangat mudah.. Ibu yang bekerja pun, boleh menggunakannya..


Untuk CD baru, rendam dulu dengan air panas. Kemudian bilas dengan air biasa. CD akan lebih menyerap selepas 3 kali cucian. Cuci tanpa sabun atau freshner.


  • Waktu siang - Gunakan 1 insert selama 3 hingga 4 jam. Jika khuatir basah, boleh gunakan 2 inserts.


  • Waktu malam - Gunakan 2 inserts. Boleh tahan 6-7 jam.



Ibu bekerja? Tak susah..


Mula-mula etakkan inserts siap-siap dalam pocket pants di rumah. Maklumkan pada pengasuh yang anda tak gunakan disposable diapers. Minta pengasuh tukar CD bila perlu sepertimana menukar lampin pakai buang. Masukkan CD yang kotor ke dalam beg khas-wetbag (plastic bag pun boleh). Sampai rumah, masukkan CD2 yang kotor dalam washing machine. Jalankan machine seperti biasa.

Bagi yang rajin, boleh basuh tangan. Kemudian masukkan ke dalam washing machine dan spin.



Baby buang air besar?

Untuk selamatkan lampin dari terlekat dengan najis besar, alaskan nappy liner (macam tisu) pada bahagian dalam pocket pants. NL bertindak mengasingkan pepejal dari terkena terus pada Pants. Buang najis dalam toilet bowl. (Jika NL bukan jenis yang boleh flush, perlu dibuang ke dalam tong sampah. Bersihkan dulu supaya najis tak bercampur dengan sampah yang lain). Cuci seperti yang dianjurkan di atas.


Peringatan!!

Islam sangat menyarankan kebersihan dan sangat mementingkan penjagaan alam sekitar. Nasihat untuk diri saya juga, najis (solid) baby perlu diasingkan sebelum nappy liner yang bukan dari jenis disposable dibuang ke dalam tong sampah. Ini bagi mengurangkan pencemaran bau dan mengelakkan kebarangkalian air dari najis itu meresap masuk ke dalam tanah dan sekaligus mencemarkan punca air kita. Bila najis dibuang ke dalam toilet bowl, ia akan terus disalurkan ke dalam septic tank dan di rawat sebelum disalurkan semula ke dalam sungai... Jadi, tak berlakulah pencemaran air!!


Kan seronok kalau semua bercloth diaper?? Dapat jimat wang, selamatkan alam sekitar, selamatkan anak kita... JOM BERCD!! SELAMAT MENCUBA!!

0 comments on "Cara berCloth Diaper??"

Post a Comment

 

Kenapa Cloth Diaper Copyright 2008 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipiet | All Image Presented by Tadpole's Notez